Pengambilalihan Kawalan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Isnin, 22 Spetember 2008 - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menjalankan suatu siasatan di bawah seksyen 66 Akta Koperasi 1993 [Akta 502] ke atas Koperasi Koperkasa Berhad dan perbadanan berkaitannya mulai 22 April 2008 hingga 2 Mei 2008.
Selepas tamat siasatan dan penelitian hasil dapatan daripada siasatan, pihak SKM telah mendapati beberapa kelemahan dari segi pentadbiran dan pengurusan Koperkasa yang telah memudaratkan kepentingan Koperkasa dan anggotanya serta melanggar peruntukan Akta Koperasi 1993.
Dengan pengambilalihan kawalan ini, Syarikat Rakyat Asset Management Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai Pentadbir dan akan bertindak sebagai Anggota Lembaga Koperkasa. Syarikat tersebut akan mengambilalih kawalan ke atas semua harta, urusan, aktiviti dan hal ehwal Koperkasa dan perbadanan berkaitannya, dan menjalankan kesemua urusan, aktiviti dan hal ehwalnya. Pengambilalihan kawalan ini berkuatkuasa bagi tempoh mulai 22 September 2008 hingga 21 September 2010.
Untuk arahan SKM sila klik di sini.
Untuk makluman anggota, semasa pengambilalihan kawalan ini, semua urusan dan aktiviti Koperkasa akan berjalan seperti biasa.
|